Al-Sidr Sabun Bidara Asli Gold
Friday, 10 February 2017
Monday, 10 October 2016
Testimoni: Beli di Sabah, Cari di Selangor
Assalamualaikum Tuan Puan yg mulia.
Dah lama saya tak update kisah kisah berkaitan penyakit kulit. Tapi yang tu, tunggu dulu ye. Ni nak kongsi satu testimoni.
Kakak ni, pernah guna Sabun Bidara Asli Gold. Masa pertama kali beli, dia beli di Sabah. Bercuti katanya. Kemudian apabila telah habis bercuti & kembali ke Semenanjung, beliau masih menggunakan Sabun Bidara Asli Gold ini sehingga habis. Beliau mencari di capaian Google & telah berhubung dengan saya di Selangor. Alhamdulillah.
Ikuti perbualan ringkas antara saya dengan kakak ni.
Dah lama saya tak update kisah kisah berkaitan penyakit kulit. Tapi yang tu, tunggu dulu ye. Ni nak kongsi satu testimoni.
Kakak ni, pernah guna Sabun Bidara Asli Gold. Masa pertama kali beli, dia beli di Sabah. Bercuti katanya. Kemudian apabila telah habis bercuti & kembali ke Semenanjung, beliau masih menggunakan Sabun Bidara Asli Gold ini sehingga habis. Beliau mencari di capaian Google & telah berhubung dengan saya di Selangor. Alhamdulillah.
Ikuti perbualan ringkas antara saya dengan kakak ni.
Terima kasih Puan Hadizah. Semoga penyakit puan berkurangan dan cepat sembuh.
Friday, 2 September 2016
Luahan ibu & ayah kepada anak ekzema
Luahan ibu & ayah kepada anak ekzema.
Pantang mama gerak sikit, merengek. Terpaksalah mendukungnya ke hulu ke hilir. Apapun syukur alhamdulillah ini di kira cukup baik berbanding sebelum ini. Sekurang-kurangnya dia tidak menggaru sambil menangis.
Pantang mama gerak sikit, merengek. Terpaksalah mendukungnya ke hulu ke hilir. Apapun syukur alhamdulillah ini di kira cukup baik berbanding sebelum ini. Sekurang-kurangnya dia tidak menggaru sambil menangis.
Dulu sambil nangis tu dia garu satu badan. Tak senang hati nak tinggalkan walau SESAAT. Adakala emergency nak ke bilik air terpaksa tinggal kejap, kena pecut selaju mungkin.
Pergi bilik air itu pun bila sudah tidak tertanggung menahan berjam-jam. Balik dari bilik air tercungap-cungap sambil periksa badan Durrah kalau-kalau ada yang terluka.
Saya pernah suarakan dengan suami apakah lebih baik jika saya pakai lampin pakai buang orang dewasa untuk kurangkan pergerakan saya ke bilik air.
Betapa ianya cukup perit. Ke mana pun saya pergi saya perlu dukung Durrah. Hanya ketika mandi saya tak boleh mandi sambil dukung Durrah.
Peluang untuk mandi perlu di ambil sebaik mungkin sebelum solat Subuh dan sebelum Solat Maghrib. Masa ini bantuan suami amat di perlukan untuk menjaga Durrah sebentar.
Sebelum tinggalkan Durrah tu kadang saya akan warning suami supaya jangan sesekali terlelap, risau suami tak perasan Durrah menggaru sampai berdarah.
Ampun bang. Kena warning bagai. Waktu nak mandikan Durrah juga amat perlukan bantuan suami untuk kawal kaki tangan nya dan saya mandikan dia.
Mandi asal cukup syarat untuk bersihkan badannya. Memang meraunglah setiap kali mandi tu dan pasti akan ada cebisan kulit-kulit Durrah yang tertinggal di tab mandiannya setiap kali selepas mandikannya.
Nak makan minum pun sambil dakap Durrah, sambil baring dan di suap suami pun pernah sebab tak nak Durrah terjaga kalau saya bangun.
Jenuh nak buat kerja sambil dukung dan kawal kedua-dua tangannya. Kadang dah kawal tangan tak sedar dia garu antara kaki pula.
Pernah dulu sambil sidai kain saya kepit tangannya, tak sedar dia garu kaki sampai berdarah-darah. Saya ada beli baby carrier tapi masalah bila pakai baby carrier tu Durrah akan gosok muka kat badan kita pulak.
Waktu ‘me time’ saya adalah waktu solat kerana hanya pada 5 waktu itu mahu tak mahu saya perlu tinggalkan dia sekejap dan fokus untuk solat.
Kalau dia nangis kuat sangat terpaksalah dukung sambil solat. Dukung dengan mengepit kedua tangannya untuk elakkan dia menggaru.
Tak pasal-pasal nanti kain telekung putih tu dicorakkan dengan darah. Hikmah dukung sambil solat ni time nak doa selepas solat memang cukup menginsafkan.
Mendoakan kesembuhan anak sambil menatap anak yang sedang di dakap erat. Allahu Tiada kata yang dapat menggambarkan suasana itu. Ibarat bumi bergoncang mengharapkan bantuan Allah.
Aduhai anak. Dirimu kecil tapi banyak mengajar mama erti ‘syukur’ dan ‘sabar’. Ini bahagian mama yang mampu mama tanggung.
Ada masa saya rasa agak down, cemburu melihat sihat aktifnya anak-anak lain bergerak ke sana ke mari tanpa perlu di dukung sentiasa.
Tapi kata-kata seorang hamba Allah menginsafkan saya. Katanya syukur jika anak kita selalu nak berdukung kerana satu masa nanti dia sudah jauh dari kita, tak nak di peluk cium dan pada masa itu kita akan merindui apa yang kita lalui sekarang.
Sejak dari itu saya cuba sedaya upaya untukjust enjoy the moment. Senyum dalam tangis bila berhadapan dengan orang.
Menjaga anak ekzema cukup mencabar. Jika anda punya keluarga yang berada di situasi seperti saya, berilah sokongan penuh kepada mereka.
Jangan sesekali katakan pada mereka ini semua akibat dosa silamnya, tapi katakanlah Allah sayang mereka, Allah mahu mengangkat darjat mereka suami isteri.
Jangan kusutkan fikiran mereka dengan 1001 cadangan produk itu ini yang kita sendiri pun tidak pasti kandungannya yang mungkin akan memudaratkan lagi kulit hypersensitive si anak ekzema.
Sesekali urut-urutlah bahu, belakang badan mereka. Saya amat terharu dengan layanan ibu mertua saya yang tidak jemu mengunjungi saya. Adakala badan saya diurut-urut.
Allah. Saya malu. Patut saya yang mengurut-urut ibu, bukan ibu yang mengurut-urut saya. Sungguh urutan itu rasa amat melegakan walau cuma sebentar. Terima kasih ibu mertuaku. Semoga beroleh haji yang mabrur nanti.
Terima kasih juga buat semua ahli keluarga, sahabat handai juga yang secara langsung dan tidak langsung sangat banyak beri sokongan moral, kewangan dan sebagainya.
Semoga ibu lain yang berada di situasi sama seperti ini juga terus tabah menjalani hari-hari yang mendatang.
Ekzema ni nampak macam ringan tapi hakikatnya hanya yang berada dalam situasi ini yang faham sakit peritnya sama ada di pihak pesakit ekzema atau penjaga pesakit ekzema.
Saya rasa agak terguris jika ada yang memperlekehkan penyakit ekzema ini. Alhamdulillah kini Durrah sudah beransur pulih.
Kadang tengah mandikan dan pakaikan baju Durrah tu suami kata pada saya tak sangka kulit anak kita dah pulih. Kuasa Allah taala kan. Setahun perjuangan kami merawat anak secara alami.
Nikmat sungguh rasanya setiap kali melihat dirinya tersenyum ceria, bermain dan bergelak tawa.
Mohon doakan Durrah sembuh sepenuhnya dan dapat berjalan tak lama lagi. Durrah mula merangkak di usianya setahun dua bulan sebab masa tu kaki tangan nya mula pulih. Durrah kini nak masuk setahun tujuh bulan.
Buat anakku Durrah, semoga suatu masa nanti kamu baca post ini agar kamu tahu,mama sayang kamu sepenuh hati mama. Sungguh.
Sumber The Vocket
Tuesday, 16 August 2016
Testimoni: Kulit kering kembali lembap
Assalamualaikum..
Baru hari ini saya baru berkesempatan untuk muatnaik testimoni pengguna Sabun Bidara Asli Gold. Agak lama tersimpan, baru hari ni berkesempatan masa untuk berkongsi dengan anda.
Ni testimoni daripada pelanggan yang tinggal di Shah Alam, Selangor. Katanya mempunyai masalah kulit kering yang sudah sekian lama. Dah berbagai usaha & ikhtiar yang dilakukan untuk mengubati masalah kulit kering yang beliau hadapi. Alhamdulillah, selepas penggunaan Sabun Bidara Asli Gold ini, kulit Hj. Abdul Rahman Raman menunjukkan perubahan yang positif. Ini bermakna kulit beliau agak serasi dengan sabun bidara ini. Beliau sangat gembira & saya tumpang gembia juga :-) Alhamdulillah.
Kesembuhan Hak Mutlak Allah
Thursday, 11 August 2016
Hebatnya Air
Hebatnya air
Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..
Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.
Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.
Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.
Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..
Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.
Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...
Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...
Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...
Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.
Monday, 4 July 2016
Promo di RTM TV1 - Cara pembuatan Al-Sidr Sabun Bidara Asli Gold
Pengasas Al-Sidr Sabun Bidara Asli Gold, memberi penerangan bagaimana sabun-sabun ini dihasilkan. Ia dilakukan sendiri oleh pengasasnya. Boleh tonton video ini bagi membuktikan yang sabun ini adalah daripada pati daun bidara.
Berminat untuk mencuba? Hubungi 016-3163292
Berminat untuk mencuba? Hubungi 016-3163292
Thursday, 19 May 2016
Moga Dijauhkan Musibat Ini: Santau
Jenis-jenis Santau:
==============
Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam). Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.
Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin.
Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.
Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.
Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.
CARA RAWATAN PERUBATAN:
======================
1. Racun santau ini hendak dikeluarkan secara batin dengan keizinan Allah s.w.t.
2. Membaca ayat-ayat Al Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
3. Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.
SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT RACUN SANTAU:
(Sebaiknya pergi berjumpa guru /perawat dahulu sebelum melakukan amalan ini)
=====================================================================
A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
B. Amalan minggu ketiga dan keempat:
1. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
C. Amalan minggu kelima dan keenam:
1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
sumber
http://myhomesoil.blogspot.com/2013/07/info-15-tanda-tanda-anda-terkena-santau.html
http://quranhealing.blogspot.com/p/racun-santau.html
http://alqayyum2u.blogspot.com/2013/09/bahaya-santau.html
![]() |
| Sabun Bidara |
Subscribe to:
Comments (Atom)


















