Tuesday, 16 August 2016

Testimoni: Kulit kering kembali lembap

Assalamualaikum..

Baru hari ini saya baru berkesempatan untuk muatnaik testimoni pengguna Sabun Bidara Asli Gold. Agak lama tersimpan, baru hari ni berkesempatan masa untuk berkongsi dengan anda. 

Ni testimoni daripada pelanggan yang tinggal di Shah Alam, Selangor. Katanya mempunyai masalah kulit kering yang sudah sekian lama. Dah berbagai usaha & ikhtiar yang dilakukan untuk mengubati masalah kulit kering yang beliau hadapi. Alhamdulillah, selepas penggunaan Sabun Bidara Asli Gold ini, kulit Hj. Abdul Rahman Raman menunjukkan perubahan yang positif. Ini bermakna kulit beliau agak serasi dengan sabun bidara ini. Beliau sangat gembira & saya tumpang gembia juga :-)  Alhamdulillah. 











Kesembuhan Hak Mutlak Allah

Thursday, 11 August 2016

Hebatnya Air

Hebatnya air


Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..

Kenapa tidak kita contohi air??

Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...
Berjuanglah seperti air..

Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.