Monday, 10 October 2016

Testimoni: Beli di Sabah, Cari di Selangor

Assalamualaikum Tuan Puan yg mulia.

Dah lama saya tak update kisah kisah berkaitan penyakit kulit. Tapi yang tu, tunggu dulu ye. Ni nak kongsi satu testimoni. 

Kakak ni, pernah guna Sabun Bidara Asli Gold. Masa pertama kali beli, dia beli di Sabah. Bercuti katanya. Kemudian apabila telah habis bercuti & kembali ke Semenanjung, beliau masih menggunakan Sabun Bidara Asli Gold ini sehingga habis. Beliau mencari di capaian Google & telah berhubung dengan saya di Selangor. Alhamdulillah. 

Ikuti perbualan ringkas antara saya dengan kakak ni.




Terima kasih Puan Hadizah. Semoga penyakit puan berkurangan dan cepat sembuh.

Friday, 2 September 2016

Luahan ibu & ayah kepada anak ekzema

Luahan ibu & ayah kepada anak ekzema.

Pantang mama gerak sikit, merengek. Terpaksalah mendukungnya ke hulu ke hilir. Apapun syukur alhamdulillah ini di kira cukup baik berbanding sebelum ini. Sekurang-kurangnya dia tidak menggaru sambil menangis.


Dulu sambil nangis tu dia garu satu badan. Tak senang hati nak tinggalkan walau SESAAT. Adakala emergency nak ke bilik air terpaksa tinggal kejap, kena pecut selaju mungkin.
Pergi bilik air itu pun bila sudah tidak tertanggung menahan berjam-jam. Balik dari bilik air tercungap-cungap sambil periksa badan Durrah kalau-kalau ada yang terluka.
Saya pernah suarakan dengan suami apakah lebih baik jika saya pakai lampin pakai buang orang dewasa untuk kurangkan pergerakan saya ke bilik air.
Betapa ianya cukup perit. Ke mana pun saya pergi saya perlu dukung Durrah. Hanya ketika mandi saya tak boleh mandi sambil dukung Durrah.
Peluang untuk mandi perlu di ambil sebaik mungkin sebelum solat Subuh dan sebelum Solat Maghrib. Masa ini bantuan suami amat di perlukan untuk menjaga Durrah sebentar.

Sebelum tinggalkan Durrah tu kadang saya akan warning suami supaya jangan sesekali terlelap, risau suami tak perasan Durrah menggaru sampai berdarah.
Ampun bang. Kena warning bagai. Waktu nak mandikan Durrah juga amat perlukan bantuan suami untuk kawal kaki tangan nya dan saya mandikan dia.
Mandi asal cukup syarat untuk bersihkan badannya. Memang meraunglah setiap kali mandi tu dan pasti akan ada cebisan kulit-kulit Durrah yang tertinggal di tab mandiannya setiap kali selepas mandikannya.
Nak makan minum pun sambil dakap Durrah, sambil baring dan di suap suami pun pernah sebab tak nak Durrah terjaga kalau saya bangun.

Jenuh nak buat kerja sambil dukung dan kawal kedua-dua tangannya. Kadang dah kawal tangan tak sedar dia garu antara kaki pula.
Pernah dulu sambil sidai kain saya kepit tangannya, tak sedar dia garu kaki sampai berdarah-darah. Saya ada beli baby carrier tapi masalah bila pakai baby carrier tu Durrah akan gosok muka kat badan kita pulak.
Waktu ‘me time’ saya adalah waktu solat kerana hanya pada 5 waktu itu mahu tak mahu saya perlu tinggalkan dia sekejap dan fokus untuk solat.
Kalau dia nangis kuat sangat terpaksalah dukung sambil solat. Dukung dengan mengepit kedua tangannya untuk elakkan dia menggaru.
Tak pasal-pasal nanti kain telekung putih tu dicorakkan dengan darah. Hikmah dukung sambil solat ni time nak doa selepas solat memang cukup menginsafkan.
Mendoakan kesembuhan anak sambil menatap anak yang sedang di dakap erat. Allahu Tiada kata yang dapat menggambarkan suasana itu. Ibarat bumi bergoncang mengharapkan bantuan Allah.
Aduhai anak. Dirimu kecil tapi banyak mengajar mama erti ‘syukur’ dan ‘sabar’. Ini bahagian mama yang mampu mama tanggung.
Ada masa saya rasa agak down, cemburu melihat sihat aktifnya anak-anak lain bergerak ke sana ke mari tanpa perlu di dukung sentiasa.
Tapi kata-kata seorang hamba Allah menginsafkan saya. Katanya syukur jika anak kita selalu nak berdukung kerana satu masa nanti dia sudah jauh dari kita, tak nak di peluk cium dan pada masa itu kita akan merindui apa yang kita lalui sekarang.
Sejak dari itu saya cuba sedaya upaya untukjust enjoy the moment. Senyum dalam tangis bila berhadapan dengan orang.
Menjaga anak ekzema cukup mencabar. Jika anda punya keluarga yang berada di situasi seperti saya, berilah sokongan penuh kepada mereka.
Jangan sesekali katakan pada mereka ini semua akibat dosa silamnya, tapi katakanlah Allah sayang mereka, Allah mahu mengangkat darjat mereka suami isteri.
Jangan kusutkan fikiran mereka dengan 1001 cadangan produk itu ini yang kita sendiri pun tidak pasti kandungannya yang mungkin akan memudaratkan lagi kulit hypersensitive si anak ekzema.
Sesekali urut-urutlah bahu, belakang badan mereka. Saya amat terharu dengan layanan ibu mertua saya yang tidak jemu mengunjungi saya. Adakala badan saya diurut-urut.
Allah. Saya malu. Patut saya yang mengurut-urut ibu, bukan ibu yang mengurut-urut saya. Sungguh urutan itu rasa amat melegakan walau cuma sebentar. Terima kasih ibu mertuaku. Semoga beroleh haji yang mabrur nanti.
Terima kasih juga buat semua ahli keluarga, sahabat handai juga yang secara langsung dan tidak langsung sangat banyak beri sokongan moral, kewangan dan sebagainya.
Semoga ibu lain yang berada di situasi sama seperti ini juga terus tabah menjalani hari-hari yang mendatang.
Ekzema ni nampak macam ringan tapi hakikatnya hanya yang berada dalam situasi ini yang faham sakit peritnya sama ada di pihak pesakit ekzema atau penjaga pesakit ekzema.

Saya rasa agak terguris jika ada yang memperlekehkan penyakit ekzema ini. Alhamdulillah kini Durrah sudah beransur pulih.
Kadang tengah mandikan dan pakaikan baju Durrah tu suami kata pada saya tak sangka kulit anak kita dah pulih. Kuasa Allah taala kan. Setahun perjuangan kami merawat anak secara alami.
Nikmat sungguh rasanya setiap kali melihat dirinya tersenyum ceria, bermain dan bergelak tawa.
Mohon doakan Durrah sembuh sepenuhnya dan dapat berjalan tak lama lagi. Durrah mula merangkak di usianya setahun dua bulan sebab masa tu kaki tangan nya mula pulih. Durrah kini nak masuk setahun tujuh bulan.
Buat anakku Durrah, semoga suatu masa nanti kamu baca post ini agar kamu tahu,mama sayang kamu sepenuh hati mama. Sungguh.

Sumber The Vocket

Tuesday, 16 August 2016

Testimoni: Kulit kering kembali lembap

Assalamualaikum..

Baru hari ini saya baru berkesempatan untuk muatnaik testimoni pengguna Sabun Bidara Asli Gold. Agak lama tersimpan, baru hari ni berkesempatan masa untuk berkongsi dengan anda. 

Ni testimoni daripada pelanggan yang tinggal di Shah Alam, Selangor. Katanya mempunyai masalah kulit kering yang sudah sekian lama. Dah berbagai usaha & ikhtiar yang dilakukan untuk mengubati masalah kulit kering yang beliau hadapi. Alhamdulillah, selepas penggunaan Sabun Bidara Asli Gold ini, kulit Hj. Abdul Rahman Raman menunjukkan perubahan yang positif. Ini bermakna kulit beliau agak serasi dengan sabun bidara ini. Beliau sangat gembira & saya tumpang gembia juga :-)  Alhamdulillah. 











Kesembuhan Hak Mutlak Allah

Thursday, 11 August 2016

Hebatnya Air

Hebatnya air


Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air..

Kenapa tidak kita contohi air??

Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram..

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...

Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai...
Berjuanglah seperti air..

Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.

Monday, 4 July 2016

Promo di RTM TV1 - Cara pembuatan Al-Sidr Sabun Bidara Asli Gold

Pengasas Al-Sidr Sabun Bidara Asli Gold, memberi penerangan bagaimana sabun-sabun ini dihasilkan. Ia dilakukan sendiri oleh pengasasnya. Boleh tonton video ini bagi membuktikan yang sabun ini adalah daripada pati daun bidara.



Berminat untuk mencuba? Hubungi 016-3163292

Thursday, 19 May 2016

Moga Dijauhkan Musibat Ini: Santau

Jenis-jenis Santau:
==============

Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam).  Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin. 

Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.


CARA RAWATAN PERUBATAN:
======================
1. Racun santau ini hendak dikeluarkan secara batin dengan keizinan Allah s.w.t.
2. Membaca ayat-ayat Al Quran khusus untuk sakit ini serta mohon doa kepada Allah s.w.t untuk sembuh dari penyakit ini.
3. Minum air penawar dan madu lebah asli dan berdoa kepada Allah s.w.t untuk memohon sembuh dari penyakit yang dihadapi.


SENARAI BACAAN AYAT-AYAT PENAWAR UNTUK PENYAKIT RACUN SANTAU:
(Sebaiknya pergi berjumpa guru /perawat dahulu sebelum melakukan amalan ini)
=====================================================================

A. Amalan Minggu Pertama dan Kedua:
1. Surah Asy-Syu'araa' ayat 95 hingga 118, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Fussilat ayat 25 hingga 38, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

B. Amalan minggu ketiga dan keempat:
1. Surah Al-Israa' ayat 79 hingga 94, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Taha ayat 60 hingga 70, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.

C. Amalan minggu kelima dan keenam:
1. Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59, baca 3 kali selepas solat Magrib atau Isyak dan mohon doa kepada Allah s.w.t.
2. Surah Ar-Ra'd ayat 30 hingga 34, baca 3 kali selapas solat Subuh atau waktu pagi dan mohon doa kepada Allah s.w.t.


sumber
http://myhomesoil.blogspot.com/2013/07/info-15-tanda-tanda-anda-terkena-santau.html
http://quranhealing.blogspot.com/p/racun-santau.html
http://alqayyum2u.blogspot.com/2013/09/bahaya-santau.html 

Sabun Bidara

Friday, 22 April 2016

Guli Dipercayai Punca Pelajar Diserang Histeria


KOTA BHARU: Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kemumin dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta UMNO Pengkalan Chepa, malam tadi mengadakan solat hajat bagi 'membersihkan' kawasan itu daripada gangguan yang melanda sejak kelmarin. 

Sehingga semalam, lebih 30 pelajar dan guru diserang histeria menyebabkan sesi persekolahan semalam tamat lebih awal bagi mengelak keadaan menjadi lebih teruk. Kejadian jam 10 pagi kelmarin dikatakan bermula apabila tiga pelajar yang berada dalam bilik kokurikulum melihat ratusan biji guli bertaburan, seolah-olah dibaling. 

Pelajar terbabit mengutip dan menyimpannya dalam almari sebelum kejadian sama berulang. Tidak lama kemudian, ketiga-tiga pelajar berkenaan diserang histeria sebelum berjangkit kepada 17 rakan lain. Kejadian berkenaan berlarutan sehingga waktu petang apabila 18 lagi diserang histeria termasuk guru. Semalam, lapan lagi pelajar diserang termasuk beberapa mangsa berulang. 

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kemumin, Azmi Abdullah, berkata pihaknya mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi membersihkan kawasan itu daripada gangguan. "Seorang guru agama yang menyertai solat hajat malam tadi mengambil keputusan membuang guli yang dikatakan menjadi punca histeria itu ke laut di Pantai Cahaya Bulan (PCB)," katanya. 

Sebelum ini, SMK Pengkalan Chepa 2 menjadi tumpuan sejak 11 April lalu apabila lebih 50 pelajar dan guru sekolah itu diserang histeria.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/146335?m=1

Thursday, 21 April 2016

Kuliah 9 Rejab 1437 @ 17 April 2016

9 Rejab 1437 @ 17 April 2016 .
Kuliah Subuh.
Surau Ar-Rahimah, Fasa 1, Bandar Puncak Alam, Selangor.
Ust. … (maaf, saya terlupa nama ustaz).


Zuhud.
======

Terdiri daripada 3 perkara:

1.    Zai – Zat. Mempersiapkan diri untuk akhiratnya.
2.    Ha – Hidayah.
3.    Dal – Istiqamah dalam melakukan ketaatan.


Sifat orang yang zuhud.
===================

1.    Orang yang bertekad bahawa rezeki datangnya dari Allah s.w.t.
2.    Orang yang menahan marah.
3.    Orang yang memaafkan kesalahan orang lain.
4.    Orang yang tidak pernah menunda taubatnya.


8 perkara yang akan kekalkan hidayah dalam kehidupan.
==============================================

1.    Niat kerana Allah s.w.t. - Setiap perkara yang kita nak laksanakan, disarankan agar memasang niat kerana Allah s.w.t agar tidak kecewa.
2.    Berpegang teguh dengan agama Allah – dari segi zahir & batin.
3.    Membaca Al-Quran & fahami akan terjemahannya.
4.    Menteladani & mentaati Sunnah Rasulullah s.a.w.
5.    Berpegang erat-erat sunnah baginda Nabi Muhammad s.a.w. & para sahabat baginda.
6.    Mengimani kepada takdir Allah s.w.t
7.    Berlapang dada
8.    Mujahadah – bersungguh-sungguh dalam melaksanankan arahan & perintah Allah s.w.t.


Tuesday, 19 April 2016

Kuliah 9 Rejab 1437 @ 16 April 2016

9 Rejab 1437 @ 16 April 2016 .
Kuliah Maghrib.
Surau Ar-Rahimah, Fasa 1, Bandar Puncak Alam, Selangor.
Ust. Syafi (perbetulkan jika saya silap).


Bagaimana menghalang godaan nafsu & syaitan bagi mengekalkan aqidah.
===========================================
1. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada setiap hari.
2. Sentiasa memuji Allah s.w.t dengan cara memperbanyakkan zikir kepada Allah.
3.    Berdoa kepada Allah s.w.t agar dijauhkan diri & keluarga daripada gangguan syaitan & hasad dengki manusia.
4.    Sebelum tidur, bacalah Fatihah, ayat Kursi, 3 Qul, 2 ayat akhir surah Al-Baqaroh & selesai membaca, usaplah badan dari hujung kepala sehingga ke hujung kaki.
5.    Sentiasa ingat mati.


7 pintu/laluan masuk syaitan ke dalam tubuh manusia.
============================================
1.    Ubun kepala
2.    Mata: elakkan daripada banyak termenung
3.    Belakang leher/belikat
4.    Pusat: ketika mandi, korek/cuci pusat
5.    Kemaluan: cukur bulu-bulu yang tumbuh
6.    Belakang pelipat kaki
7.    Ibu jari kaki


4 perkara yang mesti ada untuk hidup bahagia di muka bumi Allah s.w.t.
==============================================
1.    Rahmat
2.    Berkat
3.    Maghfirah daripada Allah s.w.t
4.    ….. Maaf, saya sudah lupa.



Monday, 18 April 2016

Penghantaran Terus Ke Rumah Pelanggan!!!

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya rasa sangat bersemangat nak bantu sahabat-sahabat semua. Mana tidaknya, hari ni saya dapat menghantar sendiri Al-Sidr Sabun Bidara Asli Gold ke Ampang, Selangor. Kisahnya begini…


WhatsApp
=========
Ada seorang lelaki WhatsApp saya pada hari Jumaat malam yang lepas, bertanyakan tentang sabun bidara ini. Pada tengahari tu, ketika sedang berikhtikaf di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, hati saya terdetik akan ada hamba Allah akan bertanyakan serta berkehendak akan sabun bidara ni. Usai solat Jumaat, saya bertawakal kepada Allah akan hasrat hati saya ini. Setibanya saya pulang ke rumah, saya langsung tidak membuka data untuk internet. Kebiasaannya sekali sekala saya akan ON juga untuk melihat mesej daripada group-group business & keluarga. Entah kenapa pada malam tu, saya langsung tidak membuka smartphone saya ni. Malah saya sorokkan juga daripada anak saya bermain smartphone ni.

Pada pagi Sabtu, selepas pulang daripada kuliah Subuh di Surau Ar-Rahimah (surau di kawasan kediaman saya), saya mengambil smartphone & terus membuka data. Bila dah ON data, berdesup-desup mesej masuk ke dalam WhatsApp. Saya scroll ke bawah & ternampak satu nombor telefon yang tidak dikenalpasti. Apabila saya klik nombor telefon itu, ada saudara ini bertanyakan tentang sabun bidara ni. Setelah saya memberitahu tentang Al-Sidr Sabun Bidara Asli Gold ini secara terperinci, maka saudara ini berhasrat untuk mencuba sabun bidara ini. Dan saya menawarkan diri untuk menghantar sendiri sabun bidara ini pada hari Isnin tengahari.


Ampang, Selangor.
================
Jam 12.30 tengahari, saya bertolak ke Kg. Sg. Sering, Ampang untuk menghantar sabun bidara ini. Kenapa saya tidak menghantar sabun ini melalui pos? Kenapa nak buang masa untuk hantar sendiri? Bagi saya, pengalaman berjumpa dengan pelanggan adalah suatu kepuasan.

Saya sampai di Ampang pada jam 1.30 petang. Tidak sukar untuk mencari kawasan ini kerana ini adalah kali ke dua saya sampai disini. Alhamdulillah saya dapat berjumpa dengan En. Khairul dan menyerahkan sabun bidara ini terus kepadanya.

Berbual seketika bertanyakan adakah En. Khairul yang akan menggunakan sabun bidara ini? Katanya sabun ini adalah untuk kegunaan orang tuanya (ibu/bapanya sebab saya tidak bertanya lebih). Katanya lagi, sebelum ini dia membeli shower gel bidara. Asbab kenapa dia mahu mencuba sabun bidara kerana penggunaan shower gel ini tidak dapat dikawal kuantitinya. Senang kata, cepat habis. Lalu dia mencari sabun bidara buku/ketul di internet & kebetulan menjumpai blog saya ni. Alhamdulillah. Kebiasaannya, ramai orang mencari di FB dengan hastag #bidarasoapbyezani #bidarasoapselangor #bidarasoapmelaka #sabunbidaraasligold #sabun #sabunbidara #sabunbidaraasli #kesembuhanhakmutlakAllah

Saya juga menerangkan kepada beliau agar sabun ini disimpan di dalam bekas yang berlubang. Dan cuba elakkan daripada sabun bidara ini terendam/tenggelam di dalam bekas berair. Dengan harga mampu milik RM35.00, beliau membeli untuk kesembuhan orang tuanya.


Doa
====
Kita berusaha & berserah kepada Allah kerana Kesembuhan Hak Mutlak Allah.
Ya Allah, Kau berikanlah penyembuhan kepada orang tua En. Khairul ini & jauhkanlah mereka daripada sifat dengki manusia. Amiin.


AL-SIDR SABUN BIDARA ASLI GOLD!
PILIHAN YANG TEPAT!
HUBUNGI EZANI!
SEKARANG BUKAN ESOK!
HUBUNGI EZANI!

Dapatkan sekarang dengan harga mampu milik!

#bidarasoapbyezani
#kesembuhanhakmutlakAllah
#bidarasoapselangor
#bidarasoapmelaka

Hubungi:
Hj Ezani
0163163292