Monday, 18 April 2016

Penghantaran Terus Ke Rumah Pelanggan!!!

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya rasa sangat bersemangat nak bantu sahabat-sahabat semua. Mana tidaknya, hari ni saya dapat menghantar sendiri Al-Sidr Sabun Bidara Asli Gold ke Ampang, Selangor. Kisahnya begini…


WhatsApp
=========
Ada seorang lelaki WhatsApp saya pada hari Jumaat malam yang lepas, bertanyakan tentang sabun bidara ini. Pada tengahari tu, ketika sedang berikhtikaf di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail, hati saya terdetik akan ada hamba Allah akan bertanyakan serta berkehendak akan sabun bidara ni. Usai solat Jumaat, saya bertawakal kepada Allah akan hasrat hati saya ini. Setibanya saya pulang ke rumah, saya langsung tidak membuka data untuk internet. Kebiasaannya sekali sekala saya akan ON juga untuk melihat mesej daripada group-group business & keluarga. Entah kenapa pada malam tu, saya langsung tidak membuka smartphone saya ni. Malah saya sorokkan juga daripada anak saya bermain smartphone ni.

Pada pagi Sabtu, selepas pulang daripada kuliah Subuh di Surau Ar-Rahimah (surau di kawasan kediaman saya), saya mengambil smartphone & terus membuka data. Bila dah ON data, berdesup-desup mesej masuk ke dalam WhatsApp. Saya scroll ke bawah & ternampak satu nombor telefon yang tidak dikenalpasti. Apabila saya klik nombor telefon itu, ada saudara ini bertanyakan tentang sabun bidara ni. Setelah saya memberitahu tentang Al-Sidr Sabun Bidara Asli Gold ini secara terperinci, maka saudara ini berhasrat untuk mencuba sabun bidara ini. Dan saya menawarkan diri untuk menghantar sendiri sabun bidara ini pada hari Isnin tengahari.


Ampang, Selangor.
================
Jam 12.30 tengahari, saya bertolak ke Kg. Sg. Sering, Ampang untuk menghantar sabun bidara ini. Kenapa saya tidak menghantar sabun ini melalui pos? Kenapa nak buang masa untuk hantar sendiri? Bagi saya, pengalaman berjumpa dengan pelanggan adalah suatu kepuasan.

Saya sampai di Ampang pada jam 1.30 petang. Tidak sukar untuk mencari kawasan ini kerana ini adalah kali ke dua saya sampai disini. Alhamdulillah saya dapat berjumpa dengan En. Khairul dan menyerahkan sabun bidara ini terus kepadanya.

Berbual seketika bertanyakan adakah En. Khairul yang akan menggunakan sabun bidara ini? Katanya sabun ini adalah untuk kegunaan orang tuanya (ibu/bapanya sebab saya tidak bertanya lebih). Katanya lagi, sebelum ini dia membeli shower gel bidara. Asbab kenapa dia mahu mencuba sabun bidara kerana penggunaan shower gel ini tidak dapat dikawal kuantitinya. Senang kata, cepat habis. Lalu dia mencari sabun bidara buku/ketul di internet & kebetulan menjumpai blog saya ni. Alhamdulillah. Kebiasaannya, ramai orang mencari di FB dengan hastag #bidarasoapbyezani #bidarasoapselangor #bidarasoapmelaka #sabunbidaraasligold #sabun #sabunbidara #sabunbidaraasli #kesembuhanhakmutlakAllah

Saya juga menerangkan kepada beliau agar sabun ini disimpan di dalam bekas yang berlubang. Dan cuba elakkan daripada sabun bidara ini terendam/tenggelam di dalam bekas berair. Dengan harga mampu milik RM35.00, beliau membeli untuk kesembuhan orang tuanya.


Doa
====
Kita berusaha & berserah kepada Allah kerana Kesembuhan Hak Mutlak Allah.
Ya Allah, Kau berikanlah penyembuhan kepada orang tua En. Khairul ini & jauhkanlah mereka daripada sifat dengki manusia. Amiin.


AL-SIDR SABUN BIDARA ASLI GOLD!
PILIHAN YANG TEPAT!
HUBUNGI EZANI!
SEKARANG BUKAN ESOK!
HUBUNGI EZANI!

Dapatkan sekarang dengan harga mampu milik!

#bidarasoapbyezani
#kesembuhanhakmutlakAllah
#bidarasoapselangor
#bidarasoapmelaka

Hubungi:
Hj Ezani
0163163292


No comments:

Post a Comment